Sunday, April 22, 2012

Dayah manusia biasa....

Assalamu'alaikum... alhamdulillah, harini masuk hari ketiga Dayah dkt Melaka. Duduk dgn family memang tenang... kalau boleh nak buat ape2 nak dgn family mcm dulu... 


Adakah CINTA ini untuk Dayah... ? hmmm...
kadang2 terasa sepi, kadang2 terasa dah jadi matang, terasa dah jadi orang yg bertanggungjawab untuk adik2 dan keluarga... kuasa Allah itu ada dimana2... Allah tahu apa yg  terbaik untuk hambaNya... lepas Dayah kehilangan arwah Khusyairi... setiap detik dan nafas Dayah, Dayah berdoa agar adanya pengganti dalam hidup dan hati Dayah... setiap detik itu juga, Dayah takut untuk terima mana-mana lelaki... Namun, cinta yg Allah hadirkan itu, terlalu indah. cuma kita sbg hambaNya sedar atau tidak... Dayah wanita biasa... 


Pernah suatu ketika dahulu Dayah tutup rapat-rapat hati ini daripada menerima cinta mana2 lelaki di dunia ini. Tapi Allah itu Maha Bijak mengatur hidup ini.... Dayah dihadirkan dgn seorang insan penyayang...  Jujur, Dayah tdk pernah terfikir untuk membuka hati ini kpd sesiapa. tapi.... berlembut juga hati ini selepas menerima jawapan drpd Allah... itu semua hadiah utk Dayah... alhamdulillah... terima kasih istikharah cintaku... :'(


Allah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. 


aku berfikir sejenak... aku bukan wanita yg baik... dan aku juga wanita yg sering melakukan kesilapan.  Dayah sentiasa bertafakur dgn cinta ini... dan Dayah harap cinta ini bukan mainan semata, insyaAllah Allah menetapkan bidadarinya untuk putera hati ini. Sungguh, Dayah bersyukur atas kurnian ini. 


ibu.... ayah.... yaya tahu ibu ayah tahu tentang hati yaya. Apa yg yaya harapkan, ibu ayah doakan yg terbaik utk kehidupan yaya di dunia dan di akhirat. Ibu.... Ayah..... demi Allah, yaya tiada niat ingin menunjuk2 di tulisan ini.... namun, yaya tidak bersedia utk serious seperti couple lain... biarlah terseksa sekarang, dan bahagia kelak dgn restu ibu ayah. Ibu... yaya tahu apa yg ibu tahu.... yaya nak habiskan belajar dulu, kejar apa yg yaya impikan, bantu diri yaya dan adik2 serta family... lepastu, baru yaya fikirkan jalan utk meneruskan bab terindah yaya.... iaitu pernikahan yaya.... insyaAllah, ada rezeki yaya dan dia. Allah lebih Mengetahui apa yg yaya rancang dan apa yg yaya mohon.... dan yaya tak mahu kehilangan kali kedua. Namun, andai Allah lebih menyayanginya, apalah daya yaya utk melawan takdir. Apa-apa pun, yaya tetap berdoa semoga Allah menetapkan sebaik-baik kemungkinan dalam kehidupan yaya dan kita semua di dunia dan di ukhrawi nanti. Yaya cuma ada satu hati untuk dicintai.... Ibu ayah doakan yaya ye... -cahayapetunjuk-


wassalam...

No comments:

Post a Comment