Sunday, April 24, 2011

La Ikro Ha Fiddin...

Tiada Paksaan dlm Islam....
begitu indahnya kehidupan seorang muslimah sejati jika dimanfaatkan dgn sebaik mungkin. apa yang dikurniakan oleh Allah digunakan dgn baik, bersyukur dgn apa adanya... cinta yang hadir dilimpahkan kasih dan sayangnya hanya untuk Allah.. cinta sejati yang hadir dlm hati dan jiwa seorang hamba Allah amat indah... amat sempurna cinta itu... sehinggakan tidak ternampak keburukan, kecacatan, kesilapan atau apa saja... itulah cinta yang Allah hadirkan untuk hamba-Nya... namun... adalah lebih indah.... lebih sempurna.... jika kita sandarkan Cinta yang suci kepada Pencipta kita... adalah lebih indah jika kita nikmati masa yang ada kepada-Nya... seseorang yang telah hadir cinta dari Allah... namun tidak kesampaian ... namun, hamba yang tabah.... haruslah kuat, cekal dalam menghadapi takdir yang ditetapkan... hati adalah segalanya... iman pelindung diri... tafsirkanlah dgn indah... hidup di dunia hanya sekali... dan hanya sementara... 



Saturday, April 23, 2011

Kecantikan itu Anugerah Illahi...


alt
Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Pertunangan (Ashraf Muslim....)

Assalamualaikum semua.....
tahniah kepada  Ustaz Ashraf Muslim & Nur Dayana Haji Lukman.... pada Sabtu 24 april 2011, 9.39 pagi ni, Nur Dayana sudahpun menjadi tunang Ashraf... tahniah....:)
 semoga mereka bahagia shga ke jinjang pelamin.... amin...








Thursday, April 21, 2011

Hidup Ini....

Assalamualaikum semua... harap semuanya sihat dan tenang selalu... dalam  hidup ini, macam2 yang kita harungi... kita lalui... sama ada sedar ataupun tidak umur yang semakin bertambah ini, dapatkah kita gunakan untuk kebaikan...:( hari ini Dayah terlihat seseorang yang pernah harungi hidup sbg pelajar bersama Dayah.. dulu kita sama2 bersusah dan bersenang... tpi kini... kita hanya berpandangan.... semoga panjang umur kita untuk disatukan silaturahim kembali.... amin... hari ini Dayah terasa sayup... ujian yang Dayah harungi mesti dihadapi dengan senyuman walaupun hati menangis... alhamdulillah Dayah dan kita semua masih bernafas dan sempat berkata-kata seperti biasa...:) tdi Dayah secara xsengaja terkena besi di kepala... memang sakit... tp alhamdulillah xada apa2.. :) Dayah ada kerja yg perlu Dayah siapkan... tp Dayah coretkan sedikit dlm blog ni... terima kasih kpd kumpulan Raihan krna buat lagu yg amat bermakna ttg Rasulullah... esok insyaAllah Dayah akan balik ke melaka... dpt jumpa ibu ayah, dekdek n semua... hehe.. :)

Wednesday, April 20, 2011

Bulan April...

assalamualaikum semua.... harap sihat selalu... lama Dayah xupdate blog... :)
mlm tdi hati ni terasa sayup sangat... terasa kehilangan ... terasa kesedihan.... terasa kekosongan... alangkah indahnya hidup ini andai dapat kutatap wajahmu... kan pasti megalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu....(indahnya nama Muhammad iaitu yang terpuji...) sayup mendengar lagu  Alangkah Indahnya Hidup Ini oleh Raihan.. semoga kita semua dapat sama2 kongsi kisah baginda...:(
(umatku... umatku... umatku....)

Friday, April 8, 2011

kenangan abadi....

Assalamualaikun.... 


apa kbr semua?? alhamdulillah Dayah masih dikurniakan peluang utk hidup di atas muka bumi Allah yg penuh dgn keindahan.... syukuralhamdulillah Dayah gembira hari ni.. walaupun agak keletihan, tp Dayah masih bernafas dan hidup seperti biasa... :)
korg semua apa kbr ye... hrap2 sihat... terima kasih sudi baca blog Dayah yg xseberapa ni... harap korg dpt happykan hati.. xbanyak, sedikit pun alhamdulillah... trm kasih jgk bg sokongan dan doa utk Dayah.  Alhamdulillah, hari ni Event utk subjek Theory of Food bjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan, namun semua dpt diselesaikan... korgnak dengar Dayah bercerita tak...? hehee.. xapelah, Dayah cerita sikit pd pembaca2 blog Dayah yg setia ni... event td kitaorg kena bt ttg Legumes(kekacang)... booth kitaorg simple sgt2, apa yg nak dicapai ada sedikit kesuiltan, tp alhamdulillah masing2 cuba utk memeriahkan lg booth tu... pertengahan majlis tu,Dayah berjalan dgn kwn2, cuba permainan yg ada... teka nama kacanag dkt group lain, teka bilangan belon dlm telab, teka bilangan telur puyuh, main tangkap ikan, jatuhkan botol mcm bowling and baling bola kecik. hehee.. kelakar bila diingat kembali. inilah pertama kali Dayah main permainan mcm ni bila ada event yg kita sendiri create. dan alhamdulillah Dayah dpt satu hamper besar and satu hamper kecil comel.. :) terima kasih pd yg sediakan permainan tu.. hehe... Dayah dpt teka bilangan belon dlm telab dgn jatuhkan botol(bowling)... :) hehee...
mcm2 ragam dlm majlis tu... seronok.. kenangan... penghujung majlis ni, Dayah dpt panggilan dri Ibu. Dayah nak balik melak aesok..:) happy ye... hehe. doakan keselamatan Dayah ye... hari isnin nanti Dayah balik KL balik n terus pergi kelas...:) keletihan ni membawa kegembiraan.. InsyaAllah Dayah akan update gambar... kalau xdpt Dayah minta maaf ye...:) terima kasih semua.... :)



Tuesday, April 5, 2011

Selamat Pagi....

Assalamualaikum semua...
semoga sihat selalu dan dilimpahi rahmat Allah yg tidak ternilai..amin. Alhamdulillah sepanjang 5hari Dayah demam akhirnya semalam badan dayah beransur pulih... bermula hri selasa 29/3/2011 dayah mula batuk n sesak nafas... lepastu bermulalah kisah demam... lemah badan Dayah.. MasyaAllah, Allah sje yg tahu... tp xape.. mungkin ada hikmah sebalik demam ni.. insyaAllah..


ketenangan air laut yg setia ditemani ombak.... pasir pantai mengikut rentak deruan ombak kecil... angin bayu meniup halus.. pokok2 mengikut irama angin mendayu.... indah ciptaan Allah Yang Maha Pencipta langit dan bumi.. mungkin ketenangan seperti itu yg sedang aku rasai saat ini... Ya Allah... terima kasih kerana memberi sedikit kebahagiaan kepadaku. walaupun kebahagiaan ini hanya sementara tp ia amat bermakna Ya Allah.. Ya Allah mungkinkah kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke akhir nafasku? atau akan terputus sebelum ia dapat hamba kecapi ya Allah...? sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.. berilah ketenangan kepada hati ini sentiasa Ya Allah.. dan berikanlah penentu hidupku yg terbaik untukku dlm jalan hidup yg Engkau redhai... keredhaan ibu ayah... tetapkanlah jalan terbaik untukku. permudahkanlah urusanku. burung-burung yg terbang berkicauan seolah memanggil diri ini untuk terbang bersama mereka namun apalah daya ini.. hamba manusia biasa bkn burung-burung indah yg beterbangan di langit-Mu... syukur alhamdulillah. 
ya Allah... keindahan hidup ini tidak ternilai maknanya ya Allah... terlalu banyak keindahan yg Engkau kurniakan sama ada yang hamba terlihat mahupun tidak terlihat hanya mengalami.. ya Allah cekalkanlah hati ini untuk meneruskan liku-liku kehidupan yg hamba hadapi dan akan hamba hadapi... sesungguhnya Sakinah yg Engkau berikan amat hamba perlukan... ya Allah... sebak sungguh hati hamba saat ini ya Allah... genggaman tanganku ini menjadi saksi kesedihan ini... namun biarlah kesedihan ini berlalu dan berlalu... biarkan kesedihan ini ditemani kekuatan drpd-Mu ya Allah... serahkanlah hati ini untuk-Mu ya Allah... bersihkanlah hati ini... ya Allah... terima kasih ya Allah... hamba mohon undur diri buat seketika... amin.