Sunday, July 24, 2011

Hukum Pertemuan atr Lelaki dan Wanita...

Hukum Liqa (pertemuan) antara lelaki dan wanita)
Hukum asal: harus
Ia adalah dituntut jika untuk tujuan menuntut ilmu, menjayakan dakwah dan tarbiyah, jihad, atau apa saja yang memerlukan penggembilan penggembelingan tenaga antara wanita dan lelaki.
Liqa' itu memenuhi adab-adab Islam seperti mana yang digariskan oleh syara'
• menjaga pandangan (lihat Nur: 30-31)
• memakai pakaian yang menutup aurat(Nur:31)
• Adab bercakap: jauhi nada menggoda (ahzab:32)
• adab berjalan, tertib dan sopan (Nur:31)
• adab bila melakukan gerakan; jauhi gerakan yang seksi, manja dan ghairah..
• jauhi daripada mengguna sebarang unsur yang menggoda: make-up dan wangian yang bermotifkan untuk menggoda.
• jauhi bersunyi-sunyian tanpa ada muhrim
• Liqa' dalam perkara yang benar-benar perlu...
-ketabahan
-kekuatan
-keikhlasan
-ketekunan
-kemaafan
-ketaqwaan
-kefahaman
-kesepakatan
-kesyukuran
...........................................

Saturday, July 23, 2011

Cinta Islamik?

Assalamualaikum semua... diharapkan semua sihat dan sejahtera dgn perlindungan Illahi... tersentuh hati Dayah membaca artikel yg Dayah post utk dibaca ini... Ya Allah.... jauhkanlah kami drpd melakukan dosa terhadapMu... dan dekatkanlah kami utk mencariMu dlm setiap saat hidup kami... semoga kita semua diberkati Allah... 


CINTA ISLAMIK....? 

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan... (amin...)

Tuesday, July 12, 2011

Hati....


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

kita hamba Allah yang lemah....

Banyak lagi faktor yang menyebabkan wanita dihumban ke neraka sebagaimana hadis riwayatkan Sayyidina Ali Karam Allahu Wajhah: “Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah saw kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab: “Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun-umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar dari duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka”.

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: “Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.

Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.


Nauzubillah... Ya Allah... lindungilah kami sebagai hamba-Mu Ya Allah... ampunkanlah doasa-dosa kami Ya Allah.... :( jauhkanlah kami daripada siksaan api nerakaMu dan dekatkanlah kami dgn-Mu... serta, tempatkanlah dan pilihlah kami utntuk menjadi ahli SyurgaMu Ya Allah... jadikanlah kami wanita solehah terhadap ibu bapa juga suami jika kami dihadirkan jodoh untuk kami... jadikanlah kami insan yang sentiasa melakukan sesuatu hanya kerana dan untuk-Mu Ya Allah.... amin...

kelas BATAL...?

Assalamualaikum semua.... 
hari ni kelas Dayah dibatalkan... hehe... maafla Dayah post tajuk mcm tu... skrg ni Dayah typing sambil dgr nasyid yg menceritakan antara SYURGA dan NERAKA... siapakh yang lebih mulia... dari mereka yang tidak alpa... maksudnya... seseorang tu mestilah sentiasa ingat akan Allah dan melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang dilarang... seseorang yang mengingati Rasulnya... dan yang mngingati Agamanya iaitu Islam... sebagai insan biasa, kita sentiasa melakukan kesilapan... tiada manuisa yang sempurna dan tidak bermaksud Islam merelakan kita melakukan kesilapan,kesalahan dan dosa. Islam itu indah kan..:) sebagai umat Islam.... Dayah mengambil kesempatan utk menulis sesuatu yang dapat memberi pengetahuan kpd kita semua... walaupun tdk banyak yg dapat Dayah kongsikan... sekurang-kurangnya Dayah dapat kongsi sedikit ilmu yang ibaratnya seperti setitik air dari laut yang terbentang luas itu... :) 
kawan-kawan... hidup ini hanya sementara... Dayah pun banyak kekurangan... tidaklah sebaik mana... namun... adalah lebih jika Dayah mencuba utk perbaiki yang kurang... insyaAllah... semuanya dengan izin Allah kan... :) sama2 lah kita doakan yg terbaik utk sesama kita... semoga Allah memayungi kita dgn rahmat-Nya... jika ada kesilapan Dayah harap ditegur... :)

Monday, July 11, 2011

kerinduan buat yg terindah....

Assalamualaikum....
selamat petang semua... semoga diberkati Allah sepanjang kita ada di bumi Allah yg terbentang luas ni... 
hari ni masuk hari yg ke empat Dayah demam... tapi alhamdulillah walaupun badan masih panas, Dayah tergerak hati nak catatkan sesuatu dkt blog... rindu rasanya xdapat luahkan sesuatu dkt blog... betul kata ibu... yaya sihat je... tapi kalau demam akan berulang-ulang... hehe.. dah tiga kali Dayah demam dlm tahun ni... tapi ni semua ujian dari Allah.. memang agak lemah dan tak bermaya... tapi Dayah cuba lawan sakit ni, walaupun kepala rasa berpusing dan selesema... terima kasih buat semua yg ambil berat ttg Dayah... semoga Allah limpahkan rezeki kpd korg semua... amin.. :)
rindu yang teramat bila mengenangkan seorang insan yang bergelar IBUNDA... dah lama tak jumpa ibu... dua minggu lepas Dayah balik dpt borak dgn ibu sekejap je, lepas tu ibu pergi bercuti... Dayah balik KL xsempat nak jumpa ibu... waktu2 demam mcm ni bertambah rasa rindu pd ibu... tadi ibu call... hmmm.... sedihnya dengar suara ibu.... xsabar menanti hari jumaat ni nak balik melaka... insyaAllah kalau xada apa2 mslh... 
tidak dapat dibayangkan bagaimana insan yang tidak lagi punyai ibu tercinta kan... ibu yang selalu menjadi tempat kita bermanja... tempat kita mengadu... tempat meminta dan menumpang kasih serta sayang... tempat melepaskan kesedihan dan gelak tawa... tempat kita bersusah dan tempat kita bersenang, walaupun hanya seketika... setiap kata-katanya adalah doa yang tiada hijab... setiap geraknya diperhatikan anak-anak utk menjadi contoh terbaik... setiap perlakuannya menenangkan kita... setipa lawak jenaka yang ibu persembahkan secara sengaja taupun tidak.. akan mengubat luka dan duka di hati kita... ibu yang setia berkorban segalanya utk kita dan suaminya... ibu yang tidak pernah mengenal erti letih... penat... susah... ibu rela lakukan apa saja demi menyenangkan kita dan suaminya... ibu orang yang cekal dlm menempuh liku-liku kehidupan... ibu banyak bersabar dalam apa jua ujian yang melanda.... semoga ibu dilindungi Allah dan dilimpahi rezeki... kita semua SAYANGKAN ibu... 
Ya Allah.... di petang yang redup ini... petang yang penuh rahmat dan kurniaMu.... kami memohon agar panjangkanlah umur ibu dan bapa kami... bukakanlah seluas-luas pintu rezeki kpd mereka Ya Allah... lembutkanlah hati kami utk menjadi anak yang terbaik, soleh dan solehah utk mereka Ya Allah... berikanlah kebahagiaan kepada kami Ya Allah... jauhkanlah mereka drpd penderitaan yang tidak mampu mereka hadapi Ya Allah... dekatkanlah kami bersama mereka Ya Allah... tambahkanlah kasih sayang kami terhadap mereka... berilah kami kebahagiaan yang hakiki kpd kami Ya Allah... sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... tanpa ibu dan ayah kami.. siapalah kami... dan tanpa keberkatan mereka tiada keberkatan dariMu... ampunkanlah salah dan silap kami terhadap mereka sama ada di kesempatan ini atau selepas kami meminta ampun drpd mereka Ya Allah... kami amat menyayangi mereka....
( ibu... tunggu Yaya jumaat 15julai2011 ni...  hehe... :) ....)



Friday, July 1, 2011

Kembali Senyum...

Assalamualaikum ... :) diharapkan semuanya gembira sentiasa dan dilimpahi rahmat Allah... semoga kita semua dilindungi dan dipayungi dgn keindahan nama-nama Allah yg indah... 
lama Dayah xcoretkan dlm blog ni... teramat sunyi bila tgk blog xdi update... hari ni dah pun masuk 1 Julai 2011.... dah setahun lebih Dayah dkt KLMU... hari ni jgk, hari lahir kwn Dayah iaitu Nur Ashikin Radzid... semoga dirinya sentiasa berada disisi Allah.. amin.. pelbagai yg Dayah alami sepanjang xupdate blog... semua hamba allah akan didatangkan dgn ujian yang berbeza-berbeza... namun alhamdulillah... Dayah dpt tempuhi dgn senyuman walaupun dipertengahan dgn tangisan... tiada manusia yg sempurna di muka bumi ini.... tetapi... hendaklah memperbaiki hatinya dgn mengingati Allah... banyak perkara yg Dayah belajar dlm semester 4 ni... lbh2 lagi dlm Islamic Studies... rindu rasanya nak belajar ttg Islam sepanjang hayat... bkn hanya dlm tempuh yg singkat... tapi, alhamdulillah Allah masih beri peluang utk Dayah menimba ilmu dunia dan akhirat... 
Dayah amat terkilan kerana tdk dapat bersama kwn2 yg dpt mendengar tazkirah,ceramah dan mendengar ilmu agama di universiti2 yg dianjurkan.. alangkah indahnya kolej ni ada sebegini dan menepati seperti di universiti yg lain... tapi alhamdulillah... Dayah tetap bersyukur dgn apa adanya... 
bercerita ttg cinta dan perkahwinan.... teringin sekali niat di hati ingin mengulangi melihat cerita KETIKA CINTA BERTASBIH sekali lagi... kerana ia mengajar cara mencari cinta yg berlandaskan islam... fikiran dayah tak sekuat mana... Dayah dah terlupa jln cerita dia... ada rezeki, dayah akan tgk cerita tu semula... insyaAllah.. betapa besarnya keindahan ciptaan Allah... apabila Dayah ternampak seorang dari kwn Dayah bertudung labuh dan semakin bertambah ilmunya ttg Islam... dihati ini teramat sedih krn tdk dpt bersam2 mreka utk menjadi sedemikian... namun Dayah tetap bersyukur dgn apa kurniaan Allah... mungkin ada rezeki Dayah pada hari lain... diharapkan begitu... amin... nanti kita sambung lagi ye... :) assalamualaikum.