Monday, December 26, 2011

Tamat.....?

Assalamu'alaikum korang... dah lama sgt2 Dayah tinggalkan blog ni tanpa update n biarkan mcm tu je... akhirnya hari ni Dayah dapat buat sikit perubahan pada blog ni... even xcantik n xperfect mana, tapi alhamdulillah ok lah bagi Dayah... :) happy jugak bila dapat tgk blog ni kembali segar n tak boring dgn background yg ada tulis 'this page cannot be found' hehee... hmm. Untuk pengetahuan korang semua, Dayah dah pun habis semester 5 dan insyaAllah akan meneruskan semester 6 tahun depan... tak apelah kalau habis lambat dari kawan2 yg lain dkt IPTA, asalkan Dayah dapat byk ilmu yang ada dan Dayah dapat teruskan kehidupan ni dgn kegembiraan bukan dgn kemurungan.... Oh ye, lagu yang Dayah pilih ni dari Dakmie-Yang Terindah... memang lagu ni dah lama. tapi tak tahulah, mood Dayah nak save lagu ni... mungkin lirik dan melodi dia kena dgn jiwa Dayah.. :) 
sepanjang semester 5 ni, macam2 yang Dayah lalui... bagi Dayah semester 5 ni lah yang paling menguji Dayah dan iman Dayah... 'sabar itu separuh daripada iman....' pelbagai masalah yang Dayah lalui, tapi alhamdulillah, Allah itu Maha Mengetahui... birthday Dayah 23rd December... hehe.. alhamdulillah. Dayah tak harapkan sambutan dan meraikan, cuma doa dari insan-insan ikhlas dan hamba Allah disekeliling Dayah... tapi Dayah dapat makan masa malam birthday tu, makan nasi lemak ayam dgn char kuey teow at MALI'S CORNER Danau Kota Setapak... sedap... terima kasih buat 'BILA HATI BERBICARA' semoga Allah melimpahkan rezeki.... :) 
rumah ni pula, macam2 yang terjadi... Dayah menangis, ketawa, kongsi masalah... Dayah ambil semua ujian tu sebagai pengajaran dan yang buruk, insyaAllah diperbaiki... <3
bercakap tentang habis semester 5. Dayah juga berpengalaman berborak dgn seorang lecturer, namanya Muhamad Azral Osman... dia pernah  buat Dayah nangis... tapi lupakan yang itu.. hehe.. 
apa yang Dayah nak kongsi pada korang ialah tentang CINTA... bercakap tentang cinta, sungguh, Dayah memang tiada pengalaman. Dan Dayah juga hamba Allah yang telah diuji dengan kehilangan... sekarang ni, Chef Azral cakap, 'awak dah pilih keputusan awak sendiri... bukan tak boleh bercinta.... tapi, jaga batas dan ingat Allah selalu... cinta ni, semua orang Allah hadirkan dgn perasaan cinta... bukan xboleh couple, tapi gunalah cinta dan hati yang Allah hadirkan tu sebaik mungkin... kalau awak dah jumpa yang ikhlas. apa salahnya awak terima cinta dia. jangan biarkan macam tu je... kalau awak dah dapat jawapan dalam istikharah awak, apa salahnya awak terima orang tu. Tak apelah kalau awak tak sedia lagi, tapi setiap orang Allah datangkan perasaan tu, jadi, gunalah sebaik mungkin ok.... ' :'( 
memang sedih bila Chef Azral cakap macam ni... seolah-olah Dayah ditengah2 lautan yang terbentang luas dan terapung-apung tanpa pertolongan dan hala tuju,... Ya Allah .... apa yang perlu Dayah buat.... Dayah xnak COUPLE.... sampai bila-bila pun Dayah tak akan couple... tapi kalau Allah dah hadirkan jodoh Dayah, insyaAllah Dayah akan terima.... Dayah perlu memperbanyakkan istikharah utk jodoh Allah... Dayah bukan siapa-siapa utk menentukan kebaikan dan keburukan seseorang.... Dayah tak nak fikirkan tentang hal tu dulu, ada rezeki nanti, insyaAllah Allah akan tunjukkan pada Dayah... Dayah tak sabar nak tgk Najiha Radzi kawan Dayah kahwin Sabtu ni 31.12.2011.... semoga dpt datang majlis dia... :) tentang jodoh ni, Dayah serahkan pada Allah.... bukan Dayah xnak usaha, tapi Dayah tak nak terlalai dengan duniawi... insyaAllah suami itu milik Allah... semoga Allah hadirkan Dayah orang yang terbaik untuk kehidupan dunia akhirat Dayah... :'( oklah korang, sedih pula Dayah... hmm. Korang jgn lupa Allah ye... kita semua manusia biasa, dan Dayah sentiasa mendoakan yang terbaik utk UMAT MUHAMMAD dan HAMBA ALLAH di muka bumi ini... amin... maafkan salah silap Dayah... wallahu'alam.... <3 

No comments:

Post a Comment