Sunday, May 22, 2011

Hati Berkata....

Pernah suatu ketika dahulu.... aku mencari kegembiraan...namun kadang-kala ianya menyedihkan... walau aku tahu itu ujian dari-Nya..namun aku sebagai manusia biasa dan insan yang bernama wanita tidak pernah jauh dari kesedihan.. aku bukakan peluangku buat insan yang aku sayangi... namun, ada yang tersilap berlaku... aku renungkan kembali tanpa kata... namun tangisan dan titisan air jernih dari mata ini yang jatuh begitu laju... apa yang aku kejarkan dalam hidup ini..? adakah salahku kerana memberi kebahagiaan kepada orang lain..? mungkin ya... kerana manusia diciptakan sudah merdeka... bukan dihidupkan untuk menjadi hamba kepada sesama manusia.. dan mungkin tidak.. kerana aku amat menyayangi insan sekelilingku.. apa yang pasti, aku insan yang lemah.... aku bukakan mata.. mencari langkah hidup seterusnya tanpa mencari kesalahan orang lain... namun ianya terjadi lagi... aku biarkan... aku senyum dan meminta pertolongan dari Illahi agar menentukan yang terbaik untukku.. dan... aku mendapat pertolongan dari-Nya tanpa sangkaanku... inilah kehidupan... kehidupan dan ujian besar itu mengajarku erti kehidupan apabila sentiasa mengeratkan pertalian yang kukuh terhadap Pencipta kita.. aku tersenyum tanda kesyukuran yang teramat besar... syukur yang tidak terhingga.. dan aku mengharapkan keampunan dari-Nya agar hari-hariku disinari dgn rahmat dan kasih-Nya... Syukur Alhamdulillah... 

indahnya ciptaan Allah... :)

No comments:

Post a Comment