Wednesday, August 24, 2011

mimpi...ia datang dn ia pergi..ia benar ttpi illusi..mgkn hikmah ada disisi..mata yg melihat dn mmerhati terus pergi ke dlm memori..dan ia tersimpan di dalam hati...cinta dtg tanpa disedari..ia pergi tanpa kerelaan hati...cinta lesap dgn kata2, mulut yg berbicara seolah-olah mmaksa untk mencintai dn dicintai...perasaan dtg ia tiada,, yang pergi itu adalah cinta.....ia pergi bgtu sje nmun Tuhan Yang Maha Mencintai mengetahui sbnrnya..doa pelindung diri, hidup dikecapi...jika cinta itu jodoh,, tiada kemana ingin di lari..jika benci berdamping d hati..maka pedih mmbakar diri..

Saturday, August 13, 2011

Assalamualaikum.... 
hari ni ketika cinta bertasbih nak kongsi perasaan dgn pembaca2 semua... sebelum tu... apa kata kita ucapkan alhamdulillah kpd Allah krna masih memberi kita nyawa dan nafas ini... apabila malam mendatang... bulan hadir untuk menemani malam yang suram... bulanlah yang hadir dan menerangi malam.. tidak pernah jemu untuk menemaninya... pabila bulan pergi dan malam menghilang... fajar menjelma memberi isyarat kpd malam bahawa matahari akan muncul... berterbanganlah burung-burung... bangunlah sekalian umat manusia dan keluarlah segala bunyi di muka bumi Allah ini kerana masing-masing bekerja untuk mencari rezeki... selagi ada usaha di situ ada rezeki Allah... Allah tidak pernah kejam ke atas hambaNya... tetapi hambaNya yg selalu lupa dan mengingkarinya termasuklah Dayah sendiri... namun... setiap kelemahan dapat diatasi dgn perubahan dari dalam diri sendiri dan mungkin dgn bantuan org lain... ape pun... Dayah minta maaf atas kesilapan dan kesalahan Dayah pda semua orang... semoga kita bertemu kembali... insyaAllah... jika tiada jodoh kita utk meneruskan kehidupan ini... kita doakanlah yang terbaik utk org sekeliling kita mahupun saudara kita... sekian coretan dari cahaya petunjuk (ketika cinta bertasbih...) Asslamu'alaikum semua... semoga tidur kalian dilindungi Allah dan para malaikat.. amin...

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan....

Assaamualaikum w.b.t....
apa khabar semua.... pertama sekali Dayah nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak... semoga bertambah kecintaan kita kepada Allah Yang Satu... yang keduanya, Dayah ingin meminta maaf kepada semua insan yg terasa hati dgn sikap, kata-kata dan tingkah laku Dayah... 
Kalian.... betapa indahnya Ramadhan ini krna penuh dgn rahmat Allah yg tdk ternilai sehinggakan rugilah bagi mereka yg tidak mendapat ganjaran di bulan ramadhan. Betapa sayupnya hati ini krna Allah masih memberi kesempatan kpd Dayah dan kita semua utk menyambut dan menjalani ibadah puasa... Allah masih memberi keindahan kpd kita krna dunia masih belum berakhir. Ya Allah.... keindahan yang Engkau kurniakan hanyalah pinjaman kpd kami.. tiada apa yg terhebat melinkan Engkau Ya Allah.... begitu juga hati ini.. apa yang hadir dlm hati ini, hanya Engkau yang mengetahuinya... hati ini bercampur baur entah kenapa... setiap angin yang bertiup seakan memahami perasaan ini... namun... Dayah telah melakukan kesilapan... kata Far... kenapa kamu sedih ni...? pesan Mas... jgn menangis lagi... cinta ada di depan mata Dayah... 


Ya Allah.... sesungguhnya hamba hanya mampu beristikharah dan memohon petunjuk daripadaMu... Ya Allah... hamba tahu ini adalah ujian dariMu untukku... walaupun ianya berat utkku jalaninya... namun, hamba tahu ini yang terbaik Ya Allah... hamba cuba hadapinya dgn tabah... pemergian tidak akan kembali... dan ada yang terbaik yang Engkau tetapkan untukku.... kuatkan semangatku Ya Allah... hamba keletihan utk jalani semua ini... namun Ya Allah... hamba akan sentiasa mencari petunjukMu... hamba akan tetap meneruskan kehidupan ini... hamba percaya akan takdirMu, qada' dan qadarMu.... hamba mohon kesedihan ini akan menjadi kebahagiaan dan kegembiraan pd masa akan datang.... insyaAllah. Ya Allah... hamba serahkan segalanya kepadaMu...

Sunday, July 24, 2011

Hukum Pertemuan atr Lelaki dan Wanita...

Hukum Liqa (pertemuan) antara lelaki dan wanita)
Hukum asal: harus
Ia adalah dituntut jika untuk tujuan menuntut ilmu, menjayakan dakwah dan tarbiyah, jihad, atau apa saja yang memerlukan penggembilan penggembelingan tenaga antara wanita dan lelaki.
Liqa' itu memenuhi adab-adab Islam seperti mana yang digariskan oleh syara'
• menjaga pandangan (lihat Nur: 30-31)
• memakai pakaian yang menutup aurat(Nur:31)
• Adab bercakap: jauhi nada menggoda (ahzab:32)
• adab berjalan, tertib dan sopan (Nur:31)
• adab bila melakukan gerakan; jauhi gerakan yang seksi, manja dan ghairah..
• jauhi daripada mengguna sebarang unsur yang menggoda: make-up dan wangian yang bermotifkan untuk menggoda.
• jauhi bersunyi-sunyian tanpa ada muhrim
• Liqa' dalam perkara yang benar-benar perlu...
-ketabahan
-kekuatan
-keikhlasan
-ketekunan
-kemaafan
-ketaqwaan
-kefahaman
-kesepakatan
-kesyukuran
...........................................

Saturday, July 23, 2011

Cinta Islamik?

Assalamualaikum semua... diharapkan semua sihat dan sejahtera dgn perlindungan Illahi... tersentuh hati Dayah membaca artikel yg Dayah post utk dibaca ini... Ya Allah.... jauhkanlah kami drpd melakukan dosa terhadapMu... dan dekatkanlah kami utk mencariMu dlm setiap saat hidup kami... semoga kita semua diberkati Allah... 


CINTA ISLAMIK....? 

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan... (amin...)

Tuesday, July 12, 2011

Hati....


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)