Assaamualaikum w.b.t....
apa khabar semua.... pertama sekali Dayah nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak... semoga bertambah kecintaan kita kepada Allah Yang Satu... yang keduanya, Dayah ingin meminta maaf kepada semua insan yg terasa hati dgn sikap, kata-kata dan tingkah laku Dayah...
Kalian.... betapa indahnya Ramadhan ini krna penuh dgn rahmat Allah yg tdk ternilai sehinggakan rugilah bagi mereka yg tidak mendapat ganjaran di bulan ramadhan. Betapa sayupnya hati ini krna Allah masih memberi kesempatan kpd Dayah dan kita semua utk menyambut dan menjalani ibadah puasa... Allah masih memberi keindahan kpd kita krna dunia masih belum berakhir. Ya Allah.... keindahan yang Engkau kurniakan hanyalah pinjaman kpd kami.. tiada apa yg terhebat melinkan Engkau Ya Allah.... begitu juga hati ini.. apa yang hadir dlm hati ini, hanya Engkau yang mengetahuinya... hati ini bercampur baur entah kenapa... setiap angin yang bertiup seakan memahami perasaan ini... namun... Dayah telah melakukan kesilapan... kata Far... kenapa kamu sedih ni...? pesan Mas... jgn menangis lagi... cinta ada di depan mata Dayah...
Ya Allah.... sesungguhnya hamba hanya mampu beristikharah dan memohon petunjuk daripadaMu... Ya Allah... hamba tahu ini adalah ujian dariMu untukku... walaupun ianya berat utkku jalaninya... namun, hamba tahu ini yang terbaik Ya Allah... hamba cuba hadapinya dgn tabah... pemergian tidak akan kembali... dan ada yang terbaik yang Engkau tetapkan untukku.... kuatkan semangatku Ya Allah... hamba keletihan utk jalani semua ini... namun Ya Allah... hamba akan sentiasa mencari petunjukMu... hamba akan tetap meneruskan kehidupan ini... hamba percaya akan takdirMu, qada' dan qadarMu.... hamba mohon kesedihan ini akan menjadi kebahagiaan dan kegembiraan pd masa akan datang.... insyaAllah. Ya Allah... hamba serahkan segalanya kepadaMu...
Di mana Kegagahan Wanita ? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah: 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan. 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Sunday, August 7, 2011
Sunday, July 24, 2011
Hukum Pertemuan atr Lelaki dan Wanita...
Hukum Liqa (pertemuan) antara lelaki dan wanita)
Hukum asal: harus
Ia adalah dituntut jika untuk tujuan menuntut ilmu, menjayakan dakwah dan tarbiyah, jihad, atau apa saja yang memerlukan penggembilan penggembelingan tenaga antara wanita dan lelaki.
Liqa' itu memenuhi adab-adab Islam seperti mana yang digariskan oleh syara'
• menjaga pandangan (lihat Nur: 30-31)
• memakai pakaian yang menutup aurat(Nur:31)
• Adab bercakap: jauhi nada menggoda (ahzab:32)
• adab berjalan, tertib dan sopan (Nur:31)
• adab bila melakukan gerakan; jauhi gerakan yang seksi, manja dan ghairah..
• jauhi daripada mengguna sebarang unsur yang menggoda: make-up dan wangian yang bermotifkan untuk menggoda.
• jauhi bersunyi-sunyian tanpa ada muhrim
• Liqa' dalam perkara yang benar-benar perlu...

Saturday, July 23, 2011
Cinta Islamik?
Assalamualaikum semua... diharapkan semua sihat dan sejahtera dgn perlindungan Illahi... tersentuh hati Dayah membaca artikel yg Dayah post utk dibaca ini... Ya Allah.... jauhkanlah kami drpd melakukan dosa terhadapMu... dan dekatkanlah kami utk mencariMu dlm setiap saat hidup kami... semoga kita semua diberkati Allah...
CINTA ISLAMIK....?
CINTA ISLAMIK....?
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan... (amin...)
Tuesday, July 12, 2011
Hati....
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)
kita hamba Allah yang lemah....
Banyak lagi faktor yang menyebabkan wanita dihumban ke neraka sebagaimana hadis riwayatkan Sayyidina Ali Karam Allahu Wajhah: “Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah saw kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun-umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar dari duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka”.
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: “Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.
Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.
Nauzubillah... Ya Allah... lindungilah kami sebagai hamba-Mu Ya Allah... ampunkanlah doasa-dosa kami Ya Allah.... :( jauhkanlah kami daripada siksaan api nerakaMu dan dekatkanlah kami dgn-Mu... serta, tempatkanlah dan pilihlah kami utntuk menjadi ahli SyurgaMu Ya Allah... jadikanlah kami wanita solehah terhadap ibu bapa juga suami jika kami dihadirkan jodoh untuk kami... jadikanlah kami insan yang sentiasa melakukan sesuatu hanya kerana dan untuk-Mu Ya Allah.... amin...

kelas BATAL...?
Assalamualaikum semua....
hari ni kelas Dayah dibatalkan... hehe... maafla Dayah post tajuk mcm tu... skrg ni Dayah typing sambil dgr nasyid yg menceritakan antara SYURGA dan NERAKA... siapakh yang lebih mulia... dari mereka yang tidak alpa... maksudnya... seseorang tu mestilah sentiasa ingat akan Allah dan melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang dilarang... seseorang yang mengingati Rasulnya... dan yang mngingati Agamanya iaitu Islam... sebagai insan biasa, kita sentiasa melakukan kesilapan... tiada manuisa yang sempurna dan tidak bermaksud Islam merelakan kita melakukan kesilapan,kesalahan dan dosa. Islam itu indah kan..:) sebagai umat Islam.... Dayah mengambil kesempatan utk menulis sesuatu yang dapat memberi pengetahuan kpd kita semua... walaupun tdk banyak yg dapat Dayah kongsikan... sekurang-kurangnya Dayah dapat kongsi sedikit ilmu yang ibaratnya seperti setitik air dari laut yang terbentang luas itu... :)
kawan-kawan... hidup ini hanya sementara... Dayah pun banyak kekurangan... tidaklah sebaik mana... namun... adalah lebih jika Dayah mencuba utk perbaiki yang kurang... insyaAllah... semuanya dengan izin Allah kan... :) sama2 lah kita doakan yg terbaik utk sesama kita... semoga Allah memayungi kita dgn rahmat-Nya... jika ada kesilapan Dayah harap ditegur... :)

Subscribe to:
Posts (Atom)