Friday, December 31, 2010

cinta mainan dan cinta bersandarkan Allah...


Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah.
Memiliki perasaan ingin mencintai dan dicintai adalah sesuatu yang lumrah sifatnya. Tidak terkecuali bagi remaja yang cukup terkenal dengan sikap gemar mencuba. Termasuklah melibatkan soal cinta. Merasai dan menjadi sebahagian daripada pemain watak dalam kisah bertemakan mainan perasaan dan jiwa, tentu menimbulkan kemahuan yang tinggi dalam diri mereka.
Apatah lagi kerap dimomok dengan keindahan jalan cerita drama, fi lem, novel ataupun kisah kawan-kawan yang cukup berbunga-bunga, hati mula melonjak teruja. Alangkah indahnya bercinta! Mengetahui apa itu cinta. Mudahnya melafazkan kata cinta namun tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah. Bagi yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun harus diingat soal bercinta bukan semata-mata kerana sayang. Tapi bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang terjalin akan terus dibawa hingga ke gerbang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui sebaiknya. Itu paling penting, agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan seterusnya sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Bersandarkan Allah

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang daripada Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian  manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, mainan perasaan dan getaran yang memilukan hati. Ini kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Hubungan suami isteri adalah cara yang tepat
untuk menyemai cinta yang telah
dikurniakan Allah...
..amin..


Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?














1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
~bisakah insan yang lemah ini menjadi seperti ini?? :(...........~

Keredhaan...

Renung dan redhalah

Sedikit persoalan yang sering timbul dan jawapannya dari Al-Quran yang insyaAllah akan membantu kita untuk teruskan penitian hidup.


ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216 


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286 


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT? 
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200 



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45 


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111 


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129 


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!!AKU DAH BOSAN!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12.

Tuesday, December 28, 2010

Assalamualaikum...

terima kasih kpd Illahi masih mmberi nyawa kpd dayah utk bernafas di dunia... ^_^ malam dayah smpai melaka, dayah dah mula bersin+selesema... sampai hrni.. tp xape.. insyaAllah ok nnt.. 

semalam dayah dh buat satu keputusan yg besar dlm kehidupan.. syukurlah segalanya diberi petunjuk dari Allah.. Alhamdulillah...xade apa yg menarik.. insyaAllah pnjg umur murah rezeki dayah update lg ye... (:

Saturday, December 25, 2010

hari yg mengembirakan... (:

assalamualaikum semua... (:
hari ni dayah hpy sgt2. dpt hbskan presentation food sanitation.. then tgu nk bt prsntation utk kitchen organization, tp chaf Bob xade.. postpone mgu dpn.. dayah pn ready utk balik.. tp dayah ade hadiah dri kwn2 smpena hari ulangtahun tahun ni... thnks utk sesiapa yg hadiahkan dayah k.. dayah hargai sgt2.. dayah syg korg semua.. td waktu nak balik memg agak berat hati.. ambil tiket lrt terus ke bkt jalil. org memang ramai sgt2. hujan renyai2.. tp bila smpai di bkt jalil, hujan mula turun.. dayah beli tiket balik melaka. org ramai, hujan makin lebat, hati dayah makin risau.. dayah dikelilingi lelaki2 yg hisap rokok.. ermm.. xtahan rasenya.. tp hujan lebat, xblh nak pergi mana2.. juz berdiri dan tgu dkt bwh canopy tu.. dayah akhirnya dpt naik bas sblm pkul 5.. masuk dlm bas dpt duduk sblh pakcik.. hehe. xapelah.. (: memang sejuk sgt2.. tahan smpai melaka kesejukan tu.. hehe. tiba melaka.. terjumpa kwn Mira Roslan.. (; hpy.. then, pergi beli waffle chocolate.. yummm2, sedapnya. ade budak2 kecik sblh dayah.. comelnya budak2 kecik kat sblh dayah td.. dia mkn waffle jgk.. memg cute..(: and name dia same like someone...
dah siap mkn waffle, ayah call, ayah dh smpai.. arah seterusnya ke kereta ayah.. hehe. ayah pun ajak pergi beli kek.. trma kasih sgt2.. sedap kek ni.. (:  dayah pilih yg mcm gmbr dkt bwh ni... rasberry yogurt cheese cake...
ayah ajak minum dkt Kluang Station dgn adk2 yg lain.. dayah jz minum xmkn.. hehe, kenyang mkn waffle td.. sory ayah.. (: berselera tgk adk2 n ayah mkn. bila keluar dri cafe tu, Akeef mintk aiskrim.. its okay adik, kak yaya belikan aiskrim strawberri utk adik kak yaya.. sedapkan?? hehe
akhirnya tiba dkt rumah.. masuk2, terus jumpa ibu n cium pipi ibu.. hehe.
masa utk mkn kek.. (: semua dkt dlm rumah tu dayah suap mkn kek.. hehe. trma kasih semua.. syg sgt2 kat semua orang.. expcially family.. <3

Tuesday, December 21, 2010

my life...

assalamualaikum.. (:
i hope u all alwys hapy, hapy n hapy.. nothing interesting about me.. nothing special about me.. for my life, i never get a memory like a moment that i can't forget it until forever.. i want to be a good person, but i know even im do smthng true smtime it can be an effect for other person.. maybe its nothing for me, but smtime its take heart to other person.. but.. if im wrong, please remind me.. if i do that, please advise me, but dnt attack me.. im so sory if any my speech and behaviour make u all hate me.. -__-
no matter what.. guys, maybe i will lose of my friends.. but i dnt know is it true or not.. but, i must get ready if anythng happen to me.. i didnt mean that i want hate anyone, while, i must be strong to face any fate.. im very lucky get a frieds like u all.. we are friends forever.. (:
love u all.. 

Assalamualaikum...

rindu rasenya xtlis blog.. hrni hari lahir Akeef.. (: selamat hari lahir adik.. kak yaya doakan adk jd anak yg baik tau.. kak yaya syg Akeef sgt2.. hehee
harini jgk dayah dpt tau brte yg agak membimbangkan.. tp harap2 smuanya bjalan dgn lancar.. mgu ni last pegi kolej.. then cuti seminggu utk stdy week.. naik cuti final exam.. then cuti semester 2.. hehe byk nye cuti.. (:
dpt duduk dgn family lme2 sikit.. hehee.. utk kwn dayah yg bernama Nurul Jannah Zakaria.. smga success slalu dlm khdupan.. masih tbyg2 Jannah kat sini.. tp xape, kenangan yg kita ukirkan bersama akan dayah smpan baik2.. doakan kjyaan ktorg.. love u Jannah.. jga diri tau.. 
*pernah ada rasa cinta.. antara kita kini tinggal kenangan...*